Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1447 Hijrah pada hari Selasa, 16 Rabiulawal 1447H bersamaan 09 September 2025M bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Ceramah Khas ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi). Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta
Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah khas yang bertajuk “Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah” disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan serta persembahan dikir.
Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping bagi mengenang jasa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian
Kewangan dan Ekonomi.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat
Kementerian Kewangan dan Ekonomi
Negara Brunei Darussalam
Emel: pr@mofe.gov.bn
Rujukan: KKW/ADM/28 Pt.4
Tarikh: 16 Rabiulawal 1447H
09 September 2025